Kelebihan Susu Ibu:Susu Ibu Sebatian Ajaib

Kemaskini pada: 26/08/2013.

By Norzunur’Ain Mohamed Moklas in Group Fb Kump. Ibu2 Menyusukan

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

 “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

 


Kelebihan Susu Ibu:Kenapa Mesti Susu Ibu?

Kemaskini pada: 26/08/2013.

Oleh: Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, MBBCh, Universiti Ain Shams.

Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)

Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.

Kelebihan pada bayi

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.

Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.

Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.

Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.

Kelebihan pada ibu

Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.

Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :

‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘

‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’

Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.

Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics elama 2 jam sehari!

Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.

Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.

Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu. Lihat sahaja lambakan produk penyusuan di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya bergantung pada kemampuan pembeli. Tujuannya untuk memudahkan dan memotivasikan si ibu untuk terus menyusukan si anak. Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan “rakusnya” dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa “lega”. Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula “yakin” bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit “hilang keyakinan” terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah “uri tertinggal”  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen – 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, “sangat” sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi “drowsy” sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak…Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural….tapi tak mustahil.

Supplement Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style…maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan. Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

Kebaikan menyusu buat ibu

•Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
•Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
•Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
•Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
•Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
•Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Kebaikan susu ibu kepada bayi 

•Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
•Mengurangkan masalah alahan
•Mengurangkan masalah sistem penghadaman
•Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
•Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
•Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat

•Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
•Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
•Merapatkan hubungan kekeluargaan
•Mesra alam – mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
•Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

 Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:

  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis

Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:

  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.

Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:

  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

 

 Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

 

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

 

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

 

 


Kelebihan Susu Ibu:Pengenalan

Kemaskini pada: 26/08/2013.

Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini.

Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut.

Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti?
Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara2 dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka.

Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?
Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu-satu proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas2 penyusuan ibu yang sebenarnya.

Apakah konsep penyusuan susu ibu? Antaranya ialah :

*Penghasilan susuibu berkadar langsung dengan permintaan melalui kekerapan penyusuan. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan

*Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu

*Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)

*Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap

*Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan

Penyusuan berkualiti juga adalah satu aktiviti sihat, yang menjaga kesihatan & kebajikan semua pihak – bayi, ibu, bapa & seluruh keluarga serta masyarakat.

Seorang ibu menyusu:

-Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
-Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
-Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
-Tetap aktif dan cergas
-Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
-Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
-Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
-Lebih tabah menghadapi cabaran
-Tetap cantik!

FYI, susu ibu ni bnyk mengandungi antibodi dan imuniti, dan komposisinya berubah mengikut keperluan baby. Tapi susu formula, akan kekal sama je kan kandungan nya…

dan di sini antara fakta yg kita kna tahu ttg susu ibu:

  • susu ibu berubah megikut usia bayi. susu ibu utk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yg tggi. Susu ibu untuk bayi berusia 8 bulan lebih tggi kandungan kalori berbanding bayi berusia 1 tahun
  • susu ibu berubah mengikut cuaca. dalam cuaca yg sgt panas, susu ibu mengandungi lebih bnyk air, tapi dalam cuaca sejuk, mengandungi lebih bnyk lemak.
  • susu ibu berubah rasanya mengikut apa yg dimakan oleh ibu. Jadi, bayi anda didedahkan kepada rasa yg berbeza sepanjang bulan2 awalnya. sbb kita pun mkn mcm2 kan stiap hari.. takkan la makan sama je.hihi
  • dalam 2-3 haari pertama kelahiran, biasanya susu akan keluar dalam bentuk cecair emas yg dikenali sebagai kolostrum yg sgt kaya dgn protein dan antibodi. Kuantitinya mmg sdikit tapi percayalah..itu je yg baby kita perlu pada awal kelahiran sbb perut dia kecil lagi.

penyusuan awal kolostrum mempunyai kesan pelawas. Bilirubin dikeluarkan dalam pengeluaran najis akan mengurangkan risiko jaundis